Sabtu, 14 Februari 2009

BIJU

Sejarah

Bijū telah lama wujud di dunia Naruto; seawal sebelum bermulanya Perang Dunia Ninja Pertama. Oleh kerana bijū mempunyai sumber chakra yang besar, kebanyakan ninja daripada negara ninja cuba menggunakan bijū sebagai "senjata" tambahan untuk membantu mereka dalam perang antara ninja. Selepas perang tamat, Harashima Senju; lebih dikenali dengan nama Hokage Pertama telah berjaya menangkap dan mengawal bijū-bijū tersebut menggunakan kebolehan istimewanya; Mokuton (木遁, "Gaya Lepas Sifat Kayu"). Hokage Pertama kemudiannya menggunakan bijū-bijū tersebut sebagai "punca" untuk mendamaikan negara-negara ninja yang lain bagi tujuan untuk mengimbangi kuasa di antara mereka. Setelah kematian Hokage Pertama, negara-negara ninja yang memilki bijū ini tidak dapat lagi mengawal kuasa yang dihasilkan oleh bijū-bijū. Percubaan mereka untuk menangkap dan "menjinakkan" kuasa bijū-bijū tersebut nyata tidak berhasil sehinggalah muncul idea untuk mengurung kuasa bijū tersebut ke dalam badan manusia. manusia-manusia tersebut kemudiannya digelar sebagai Jinchūriki (人柱力, "Korban Manusia"). Kaedah ini didapati sungguh berjaya dalam usaha mereka menawan semula kuasa bijū-bijū tersebut dan ianya menjadi satu kaedah berkesan.

Di ketika ini, Akatsuki berada dalam proses untuk mengumpulkan dan mengekstrak ke semua sembilan bijū daripada hos-hos mereka; dengan tujuan untuk mencipta suatu "senjata" yang mempunyai kuasa yang cukup besar untuk memusnahkan sesebuah negara. Hanya terdapat dua bijū yang masih lagi gagal ditangkap oleh Akatsuki; Hachibi (八尾, Makhluk Syaitan Berekor Lapan") dan Kyūbi no Yōko (九尾の妖狐, "Musang Syaitan Berekor Sembilan") .

[sunting] Jinchūriki

Sembilan orang Jinchūriki dunia Naruto
Rencana utama: Jinchūriki

Jinchūriki (人柱力; "Kuasa Korban manusia") adalah hos manusia yang memiliki bijū termeterai di dalam tubuh mereka. Selalunya, mereka memiliki kekuatan luarbiasa dan dalam sesetengah kes, mereka lebih berkuasa daripada bijū yang mereka miliki. Ini adalah kerana mereka berkeupayaan untuk menggunakan segala potensi asal yang dimiliki oleh bijū yang termeterai di dalam tubuh mereka.

Sebagai penambahan, jika sesuatu bijū itu berkeliaran terlalu lama tanpa hos, ia boleh kehilangan daya kecerdasan dan kepandaian mereka dan menjadikan ia hanya sekadar makhluk gergasi sahaja.

[sunting] Bijū yang diketahui

[sunting] "Shukaku Berekor Satu"

Shukaku Berekor Satu - (一尾の守鶴, "Ichibi no Shukaku")
Gaara - Jinchūriki kepada Shukaku

Shukaku Berekor Satu (一尾の守鶴, "Ichibi no Shukaku") atau Shukaku Negara Pasir (砂の守鶴, "Suna no Shukaku") adalah haiwan syaitan yang menyerupai tanuki yang mampu mengawal pasir dan pernah dimeterai ke dalam tubuh Gaara dari Sunagakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.

Tanuki, (狸) adalah sejenis spesis anjing (menyerupai rupa seekor musang) yang boleh dijumpai di Jepun. Tanuki sangat popular oleh kerana sikap semulajadinya dan kebolehannya untuk berubah bentuk (meniru bentuk sesuatu) selain membawa tuah. Terdapat beberapa bentuk jalan cerita mengenai tanuki. Salah satu daripadanya ialah dongeng Bunbuku Chagama, di mana tanuki telah dikurung di dalam sebuah kendi dan dimasukkan ke dalam tubuh hos pertama. Di dalam siri Naruto, dinyatakan bahawa bukan hanya satu hos telah disatukan dengan Shukaku. Sesetengah dongeng mengatakan cerita mengenai seorang sami telah dikurung dalam kendi (sebenarnya adalah tanuki yang sedang menyamar) dan ini dapat dikaitkan dengan siri Naruto di mana; pernah dinyatakan dalam bahagian awal siri ini bahawa Shukaku adalah seorang sami dari kampung pasir yang telah terpesong. Ada yang mengatakan bahawa Shukaku sebenarnya adalah terbentuk daripada roh atau jiwa seorang sami dari Sunagakure yang telah bertukar jahat. Namun, pada hakikatnya ia hanyalah "Makhluk Syaitan Berekor Satu". Pada asalnya, ia telah dikurung di dalam sebuah kendi besar dan kemudian telah disatukan dengan seorang korban manusia. Apabila Karura, iaitu isteri kepada Kazekage Keempat sedang mengandung, beliau telah mengarahkan Chiyo, untuk melakukan upacara menyatukan Shukaku dengan Gaara yang masih di dalam kandungan. Tetapi, dengan syarat ianya mesti dikeluarkan daripada badan korban manusia yang sebelumnya. Sebelum mengalami kematian akibat melahirkan Gaara, Karura telah menyumpah semua penduduk Sunagakure termasuklah suaminya iaitu Kazekage Keempat di atas apa yang mereka lakukan.

Semasa terlibat dengan cubaan menakluki Konoha, Gaara telah bertukar kepada "bentuk lengkap Shukaku" ketika sedang bertarung dengan Naruto Uzumaki, yang kemudiannya menyeru Gamabunta untuk membantunya. Apabila Gaara muncul dan mendedahkan dirinya di atas kepala Shukaku untuk menggunakan Teknik Tidur Paksaan (狸寝入りの術, "Tanuki Neiri no Jutsu"), Shukaku telah dapat menguasai tubuhnya dengan bebas dan bertarung dengan Naruto dan Gamabunta. Kuasa yang digunakan oleh Shukaku ternyata terlalu kuat untuk ditangani oleh Gamabunta. Lalu, kedua-dua Naruto dan Gambunta menggunakan Teknik Gabungan (コンビ変化, "Konbi Henge") lalu bertukar rupa menjadi bentuk Kyūbi. Ini membolehkan Gamabunta untuk menangkap Shukaku, lalu membolehkan Naruto menyerang Gaara dengan tujuan untuk membangunkannya daripada tidur agar "Teknik Tidur Paksaan" akan terbatal. Apabila Gaara terjaga, didapati kuasa Shukaku semakin berkurangan lalu hilang.

Di dalam siri Naruto: Shippūden, Deidara telah diberikan tugas untuk menangkap Gaara oleh Akatsuki bersama dengan Sasori. Apabila menewaskan Gaara dalam satu pertarungan, Deidara pun membawanya ke tempat persembunyian Akatsuki. Di situ, Shukaku telah dipaksa keluar daripada tubuh Gaara menggunakan satu teknik kuncian larangan, Teknik Kuncian Khas (封印術, "Fūinjutsu") yang dipanggil Teknik Kuncian Naga Berkepala Sembilan (封印術・幻龍九封尽,"Genryū Kyū Fūjin"), kemudiannya mengakibatkan kematian Gaara. Namun, Gaara telah berjaya diselamatkan dengan bantuan oleh Chiyo dan ninja-ninja daripada Konoha; Kumpulan Kakashi dan Kumpulan Gai). Namun, ianya sudah terlambat kerana Gaara telah mati akibat daripada Shukaku yang telah dikeluarkan daripada badannya. Chiyo kemudiannya telah menggunakan satu teknik larangan iaitu Teknik Hidup Semula (己生転生, "Kishō Tensei") untuk menghidupkan semula Gaara. Keupayaan Gaara untuk memanipulasi pasir menggunakan chakranya masih dapat dilihat namun tidak diketahui sama ada keupayaannya (terkini) sama dengan keupayaannya ketika Gaara masih memiliki Shukaku di dalam badannya.

Sebagai hos kepada Shukaku, Gaara memiliki keupayaan untuk memanipulasikan pasir mengikut kehendaknya dan seringkali dilindungi oleh Pertahanan Pasir (砂の鎧, "Suna no Yoroi") dengan sendirinya (turut berlaku walaupun kecederaan tersebut cuba dilakukan oleh Gaara sendiri). Pasir ini adalah pasir yang terdapat di dalam kendi yang dibawa olehnya. Gaara juga mengalami kesan insomnia sepanjang hayat oleh kerana kesan sampingan akibat menjadi hos kepada Shukaku. Sekiranya tertidur, personaliti Gaara akan dikuasai oleh Shukaku, mengakibatkan Gaara menjadi seorang yang bengis dan sukakan kepada pembunuhan. Shukaku mempunyai kebolehan untuk memanipulasikan pasir agar dapat melindungi tubuh Gaara daripada kecederaan dan ini berlaku secara automatik. Shukaku sedar bahawa jika Gaara mati, ia juga akan turut mati. Ketika dalam keadaan marah atau dahagakan darah, Gaara boleh menggunakan pasir yang berada di dalam kendi yang dibawanya untuk berubah kepada bentuk "mini-Shukaku" ataupun mencipta salinan raksasa tubuh Shukaku. Hanya ketika Gaara berubah kepada bentuk lengkap Shukaku, dia akan dapat menggunakan element angin yang dimiliki oleh Shukaku seperti; Gaya Lepas Sifat Angin: Peluru Udara Mampat (風遁・練空弾, "Fūton: Renkūdan"). Gaara juga boleh membiarkan Shukaku mengambil alih "bentuk lengkap Shukaku" yang dicipta oleh Gaara dengan cara berpura-pura "menidurkan" dirinya menggunakan satu teknik khas; Teknik Tidur Paksaan (狸寝入りの術, "Tanuki Neiri no Jutsu").

Shukaku mempunyai kepintaran namun bersikap tidak stabil terutamanya dari segi emosi dan ini sangat tipikal dengan ciri-ciri tanuki di dalam cerita rakyat di Jepun. Perkataan "Shukaku" itu sendiri bermaksud "mabuk" dalam bahasa Jepun. Seperti "makhluk syaitan berekor" yang lain, rasa dahagakan kemusnahan dan memiliki kemarahan yang tinggi mempengaruhi tingkahlakunya; ia akan membunuh sesiapa sahaja yang berada di hadapan matanya. Kadangkala Gaara mempunyai cara untuk mengawal situasi sedemikian, namun kebanyakan ketika Shukaku memaksanya. Oleh kerana Gaara telah disatukan dengan Shukaku sebelum kelahirannya, berkemungkinan keupayaannya sebagai jinchūriki telah bersatu dengan keupayaan asalnya. Namun begitu, adalah tidak dapat dipastikan sama ada kebolehan Gaara untuk memanipulasikan pasir dan elemen angin disebabkan oleh chakranya sendiri atau daripada chakra Shukaku.

Jalan cerita tamat di sini.

[sunting] "Nekomata Berekor Dua"

Nekomata Berekor Dua (ニ尾の猫俣, "Nibi no Nekomata") adalah haiwan syaitan yang menyerupai seekor kucing berekor dua yang mampu menghasilkan bahang api dari seluruh tubuhnya dan pernah dimeterai ke dalam tubuh Yugito Nii dari Kumogakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.

[sunting] "Sanbi; Syaitan Berekor Tiga"

Sanbi; Syaitan Berekor Tiga (三尾, Sanbi) adalah haiwan syaitan yang menyerupai seekor kura-kura gergasi yang berekor tiga dan tinggal bebas di dalam sebuah tasik tanpa mempunyai hosnya sendiri. Ianya kemudian telah ditangkap oleh Akatsuki.

[sunting] "Yonbi; Syaitan Berekor Empat"

Yonbi; Syaitan Berekor Empat (四尾, Yonbi) adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan Rōshi dari Iwagakure. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.

[sunting] "Gobi; Syaitan Berekor Lima"

Gobi; Syaitan Berekor Lima (五尾, Gobi) adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja dari Iwagakure yang tidak diketahui namanya. Ia telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.

[sunting] "Rokubi; Syaitan Berekor Enam'"

Rokubi; Syaitan Berekor Enam (六尾, Rokubi) adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja muda yang tidak diketahui asal-usulnya. Setakat ini, masih tiada lagi informasi mengenai bijū tersebut mahupun mengenai hosnya. Ia juga telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.

[sunting] "Nanabi; Syaitan Berekor Tujuh"

Nanabi; Syaitan Berekor Tujuh (七尾, Nanabi) adalah haiwan syaitan yang pernah dimeterai ke dalam badan seorang ninja wanita dari Takigakure yang tidak diketahui namanya. . Ia juga telah berjaya ditangkap dan diekstrak oleh Akatsuki.

[sunting] "Hachibi; Syaitan Berekor Lapan"

Hachibi; Syaitan Berekor Lapan (八尾, Hachibi) adalah haiwan syaitan yang menyerupai ushi-oni yang mampu menghasil bebola chakra berkuasa besar dan telah dimeterai ke dalam badan Kirābī dari Kumogakure. Ia adalah salah satu daripada dua bijū yang masih gagal ditangkap oleh Akatsuki.

[sunting] "Kyūbi; Musang Syaitan Berekor Sembilan"

Musang Syaitan Berekor Sembilan (九尾の妖狐, Kyūbi no Yōko) adalah haiwan syaitan yang menyerupai seekor musang dan dikatakan adalah haiwan syaitan yang terkuat daripada sembilan yang ada; di mana hanya satu hayunan daripada salah satu ekornya akan dapat mengakibatkan tsunami dan meratakan gunung-ganang. Apabila ia mneyerang Konohagakure, ia telah ditewaskan dan dikurung oleh Minato Namikaze, atau Hokage Keempat ke dalam badana seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan iaitu Naruto Uzumaki menggunakan teknik kurungan khas dipanggil Teknik Kurungan Dewa Maut (屍鬼封尽, "Shiki Fūjin"). Hokage Keempat telah tergadai nyawanya dalam proses tersebut.

[sunting

Tidak ada komentar:

Posting Komentar